Sunday, 17 May 2015
British North Borneo 1/2 cent 1907
Keydate coin BNB pertama aku . Aku beli dari seorang otai yg paling aku hormati dan sememangnya disegani. Beliau menawar kan aku coin ini, ibarat rezeki terpijak, tak aku sangka,aku memiliki nya. Sejarah disebalik penemuan coin ini lah yg paling mbuat kan aku semakin gila kan duit lama (blog pun pasal aku gila kan?hahha). Beliau kata beliau membeli dari seseorang, seseorang itu mempunyai satu peti penuh dengan duit syiling BNB . Duit syiling 1907 ini sememang nya tersangat rare pada waktu dahulu. Seseorang itu meletak kan syarat beliau(otai yg Aku segani) harus membeli semua syiling tersebut senang cerita satu peti kene beli. Kalau beliau beli semua,harga 1 keping 1/² cent tersebut hanya RM 60 (tersangat murah!!!!) .tetapi Kalau beliau hnya mahu beli 1/2 c terse but beliau harus bayar 300 lebih(tak berapa in gat part ni) sekeping. Syiling 1/2 c tersebut ada dlm 30 kping. Jadi beliau beli 1 peti tersebut. Aku ckp bersyukur dpt mendengar cerita pengalaman beliau.
Saturday, 16 May 2015
Sejarah Hobi Ku
Sejarah Aku minat duit lama bermula pada waktu Aku di tingkatan 4. Bermula dgn minat melayari blog mistik,Aku terjumpa satu post mengatakan duit rm1 aishah adalah duit Dari alam bunian,jika siapa yg ada ia boleh ditukar kan ke alam bunian dgn harga 50 k. Aku berasa takjub,jadi aku pun mencari adakah betul atau tidak tentang post di blog mistik tersebut. Aku mencari maklumat di group duit lama di Facebook. Jelas bahawa infomasi blog mistik tersebut adalah tidak berasas Dan sesat. Duit rm1 aishah tersebut sememang nya ada dikeluar kan oleh bank negara Dan di sign oleh gabenor bank negara sendiri. Tetapi coma ada rahsia disebalik duit tersebut(perkara INI akan sy cerita kan pada post yg lain) . Saya rasa amat tertipu Dan hilang minat tentang perkara mistik2 ini. Saya mula mendekati hobi ini. Bermula dengan mencari duit syiling Dan mencari nombor nombor lawa di dalam beg tangan make (hahaha). Segala jenis group duit lama di facebook saya sertai. Tapi saya hnya silent reader. Membeli duit duit lama take kira Apa jenis . Selagi ada duit saya akan habis kan untuk membeli duit lama. Semasa itu saya kurang arif pasal numismatik ini Dan juga tiada yang membimbing. Banyak kesilapan yang saya buat,tetapi Aku anggap ia sebagai proses pembelajaran Aku . sekian
Sepuluh Siri 2 (replacement z1 broken security thread)
Z1 pertama yang Aku miliki. Walau pun agak mahal , Aku masih membeli nya Dari seorang otai wanita dalam dunia duit lama.
Berkondisi fine. Tetapi memiliki garisan keselamatan putus (broken security thread)
Berkondisi fine. Tetapi memiliki garisan keselamatan putus (broken security thread)
Subscribe to:
Posts (Atom)

